Seorang Ibu Memberitahu Anaknya yang Sedang Bertarung Dengan Kanser Bahawa Dia Tak Perlu Berjuang Lagi, Tapi Jawapan Anaknya Mampu Membuat Jutaan Netizen Menangis!

Ruth Scully, seorang ibu yang tinggal di Maryland, AS menceritakan kisah anak laki-lakinya yang berjuang melawan kanser yang menyebabkan ramai rasa simpati muncul dari netizen.

Bulan 9 tahun 2015, Nolan sering mengeluh kerana hidungnya tersumbat. Awalnya Ruth dan suaminya mengira Nolan hanya terkena selsema biasa, tapi semakin lama Nolan semakin kesulitan bernapas.

Kemudian, pada bulan November tahun itu, doktor menemukan adanya tumor di rongga hidung Nolan dan mengatakan bahawa Nolan menderita kanser yang disebut Rhabdomyosarcoma.

Nolan yang waktu itu baru berusia 4 tahun langsung menjalani kemoterapi dan radiasi. Akibatnya, rambutnya harus botak , tubuhnya semakin lemah, sel kansernya juga terus menyebar.

Nolan pun didiagnosa kelangsungan hidupnya hanya 20-40%. Ruth mengatakan bahawa Nolan menunjukkan kekuatan yang tak terbayangkan dalam berjuang melawan penyakitnya selama beberapa bulan terakhir.

Dan dia juga berkata bahawa ia merasakan sakit anaknya yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Ketika Ruth membawa Nolan ke rumah sakit untuk yang terakhir kalinya, Nolan telah berjuang melawan kansernya selama 1 tahun.

Anak ini tidak boleh makan kerana apapun yang ia makan pasti akan dimuntahkan. Pada bulan Februari, doktor mengatakna bahawa tumornya telah menyebar ke seluruh tubuh Nolan sehingga Nolan harus menjalani pembedahan di dadanya.

Ruth juga berkata, ia merasa ada perasaan yang samar-samar tentang dirinya dan Nolan. “Tanggal 1 Februari, aku bersama pasukan perubatan duduk bersama untuk berdiskusi, saat doktor akan mulai berbicara.

Aku boleh melihat sorot matanya tidak boleh menutupi kesedihan.” Ruth mengatakan bahawa doktor selalu jujur terhadapnya. Kali ini doktor berkata bahawa tumor besarnya sudah menekan saluran pernapasan dan jantung Nolan.

Tumor di otot Nolan sudah semakin ganas seperti api menyebar dengan cepat. Ruth berkata, “penjelasan doktor tidak mengatakan bahawa apakah Nolan memiliki kesempatan untuk disembuhkan kerana tubuh Nolan telah kebal terhadap segala ubat.

Dan rencana mereka selanjutnya adalah membuat Nolan lebih nyaman.” Ini artinya mereka sudah menyerah dengan pengubatan Nolan. Dan mereka berharap Nolan boleh menjalani sisa hidupnya dengan damai.

Ruth menceritakan pembicaraan memedihkan ini terhadap anaknya, “Nolan, kamu sekarang gak perlu berjuang keras lagi”.

Tapi, Nolan dengan polos berkata, demi ibunya ia akan terus berjuang. Ruth berkata, “sayangku, ibu sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi, yang ibu boleh lakukan hanya memastikan bahawa kamu selamat sampai surga.”

Walaupun tubuh Nolan sudah tidak ada tenaga, ia masih tersenyum dan berkata, “jadi, aku cuma boleh pergi ke surga untuk bermain ya.. Dan menunggu ibu untuk datang. Ibu pasti datang kan?”

Akhirnya Ruth menandatangani dokumen untuk menyerah terhadap pengubatan Nolan dan Nolan juga sudah mengetahui bahawa ia akan berpisah dari ibunya.

Ia pun setiap pagi dan malam selalu berada di sekitar ibunya bahkan saat ibunya mandi pun, dia berbaring di keset luar kamar mandi menghadap ke arah ibunya.

Dan saat Ruth keluar kamar mandi, Nolan diangkat kembali ke tempat tidurnya dan mereka saling mengucapkan ucapan perpisahan terakhir mereka, menyanyikan lagu dengan lembut sambil mendoakan Nolan.

Nolan pun berusaha membuka matanya dan berkata “aku mencintai ibu”. Dan dengan begitulah Nolan pun pergi untuk selamanya menuju surga…

Ruth yang menceritakan kisah perjuangan anaknya melawan kanser ini juga menyebut anaknya sebagai juara. Cerita dia telah dibagikan lebih dari 610.000 pengguna.

Dan beberapa bulan setelah kematian Nolan, ia berkata: “sekarang aku sangat takut kalau hendak ke kamar mandi, kerana aku hanya melihat keset kosong dan dulu diatasnya ada seorang anak laki-laki yang sempurna menunggu ibunya.”

Sumber: bomb Via mediatv

TIPS BERGUNA UNTUK IBU BAPA, CARA UNTUK TINGKATKAN IMUN ANAK YANG MUDAH JATUH SAKIT..

Sebenarnya, mungkin ramai dah tahu bahawa sistem pertahanan badan kanak-kanak masih belum matang semasa lahir, dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran kanak-kanak tersebut. Jadi, memang lumrah bagi anak kecil mengalami demam, selsema, batuk, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sekerap manakah ia dikira normal? Menurut Dr Intan Juliana Abd Hamid menerusi DoktorBudak.com, kita tak perlu panik jika anak mengalami demam atau sakit yang berulang. 5-6 kali setahun adalah masih dianggap normal, selagi anak masih aktif dan tidak mengalami masalah serius seperti kesukaran bernafas, hilang kesedaran, sawan, dan tidak mampu makan atau minum.

Anda boleh cuba melakukan beberapa usaha untuk meningkatkan imuniti anak agar ia berfungsi secara optimum.

9 LANGKAH MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH ANAK DENGAN BERKESAN

1. MENERUSKAN PENYUSUAN BADAN

Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih – iaitu 2 bahan utama yang memacu sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.

Jika anda mengalami payudara yang bengkak, cubalah mengepam dan memberi anak susu perahan sebagai alternatif buat sementara waktu. Di samping itu, ibu menyusu juga boleh meningkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat agar ia turut dapat dimanfaatkan oleh bayi melalui susu ibu.

2. MEMPELBAGAIKAN SUMBER SAYURAN & BUAH-BUAHAN

Pastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.

Selain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun, elakkan penambahan gula berlebihan ya!

3. MENAMBAH BAWANG PUTIH DALAM HIDANGAN

Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan imuniti anak adalah dengan menambahkan bawang putih dalam hidangan mereka. Bawang putih mengandungi bahan anti-virus dan anti-bakteria, membantu menstimulasikan sel pertahanan, dan menambah penghasilan antibodi. Ia juga memiliki sejenis kompaun sulfur yang bersifat anti-oksidan.

Cubalah tambahkan bawang putih dalam makanan harian seperti bubur nasi, sup ayam, spaghetti, atau garlic bread. Menurut sumber dari KidSpot, seeloknya bawang putih ini dimasukkan pada akhir masakan supaya ia tidak memusnahkan khasiat kebaikan yang disebutkan tadi.

4. MEMATUHI WAKTU TIDUR YANG BAIK

Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Merujuk kepada National Sleep Foundation, 11-14 jam tidur diperlukan bagi anak kecil berusia 1-2 tahun, 11-13 jam tidur bagi anak kecil berusia 3-5 tahun, manakala 9-11 jam tidur diperlukan oleh kanak-kanak berusia 6-13 tahun setiap hari.

Jika anak susah tidur siang, pastikan mereka masuk tidur lebih awal setiap malam.

Penelitian menunjukkan bahawa kurangnya tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak (serta orang dewasa) lebih mudah terkena jangkitan.

5. GALAKKAN RIADAH & AKTIVITI LUAR

Anak kecil zaman kini lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding di luar rumah. Oleh itu, kebanyakannya cenderung menjadi kurang aktif kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu, cuba hidupkan amalan bersenam dan ajaklah anak-anak beriadah di luar dengan kerap. Aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan, tetapi ia turut menambah bilangan natural killer cell, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh.

6. MENGELAKKAN ANAK DARIPADA PEROKOK & ASAP ROKOK

Merokok bukan saja menjejaskan kesihatan perokok, tetapi ia juga merbahaya kepada orang di sekeliling mereka. Jika mahu anak anda sihat dan cerdas, pilihan terbaik adalah untuk berhenti merokok.

Ini kerana, asap rokok mampu membunuh dan merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh – terutamanya anak kecil. Sekalipun merokok di luar, sisa asap rokok tetap beracun dan akan melekat pada tubuh selama berjam-jam lamanya!

anak mudah sakit, anak kerap sakit, anak lemah imuniti, imuniti anak lemah, tingkatkan imuniti anak

7. ELAKKAN BERSESAK DI TEMPAT AWAM

Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan gejala ‘overcrowding’ di mana terlalu ramai orang dalam satu tempat. Terdapat seribu satu kuman yang berlegar-legar di ruang udara yang padat dengan manusia, dan kuman ini mampu menyelinap masuk ke dalam tubuh anak kecil dengan lebih mudah kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang.

Semasa memilih pusat asuhan atau taska, pastikan nisbah antara penjaga dan kanak-kanak seimbang. Jika makan di luar, pilihlah tempat yang bersih dan makanan yang diselia rapi.

8. SAY NO TO JUNK FOOD & FAST FOOD

Burger, nugget, pizza, kerepek, coklat, kek, gula-gula, dan air kotak. Sedap memang sedap. Senang nak dapat. Nak masak pun cepat. Tapi semua makanan ini amat kurang nilai nutrisi, bahkan mengandungi kandungan garam, gula, pengawet, bahan perasa, serta pewarna tiruan yang tinggi. Nak makan sekali-sekala tak apalah, tapi jangan jadikan ia kebiasaan.

Mahu atau tidak, kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu mereka menghentikan tabiat ini dan sebaliknya cubalah perkenalkan sumber makanan yang segar, homemade, dan lebih terjamin khasiatnya. Dengan khasiat ini, barulah sistem imuniti tubuh anak dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

9.MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN

Ajarkan anak menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan pada tisu atau sapu tangan khas. Tabiat ini bukan saja membantu menampilkan identiti yang bersih, tetapi ia juga melindungi anak daripada menyebarkan kuman ke serata tempat.

Bagi anak kecil pula, perhatikan mereka dengan lebih kerap sekiranya mereka sedang tumbuh gigi dan suka mengeluarkan air liur. Pastikan wajah mereka selalu dilap. Kebersihan gusi dan gigi juga penting walaupun bayi hanya minum susu ibu. Bilaskan dengan tuala lembap setiap hari.

BUKAN SEKADAR AMBIL VITAMIN & SUPLEMEN!

Sungguhpun sesetengah vitamin dan suplemen boleh membantu meningkatkan imuniti, namun perlulah bersederhana dan tidak melebihi dos yang ditetapkan. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan contohnya boleh merosakkan sistem hati.

Demam pada anak sebenarnya adalah respon tubuh terhadap jangkitan, ia menunjukkan bahawa sistem imuniti mereka sedang bekerja untuk memastikan tubuh anak sihat. Oleh itu, kita tak perlu risau selagi mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda luarbiasa.

Sumber : Inisemuapoyo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *