‘Saya Dah Berusaha Yang Terbaik’ – Bunuh Diri lemaskan diri sedut Gas dari Tong Gas!!Sebab Ayah, Keputusan Peperiksaan Pelajar Ini Buat Kami Terkejut. Sayangnya…

Ibu bapa sudah tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun pencapaian akademik bukanlah satu-satunya kayu ukur kejayaan. Prestasi yang dianggap kurang cemerlang bukanlah noktah dalam menjadi yang terbaik. Apatah lagi setelah semua usaha telah dilakukan, semuanya berbalik soal rezeki masing-masing.

Jangkaan untuk melihat anak meraih semua A dalam mata pelajaran diambil perlu diubah sedikit demi sedikit. Jika dapat seperti diimpikan, pujian patut diberikan, tapi jika tidak, adalah tidak wajar memarahi anak sehingga membuatkan mereka tertekan. Apa yang lebih teruk, tekanan membuatkan anak ke tahap membunuh diri, seperti dikongsi seorang netizen.

Bunuh diri sebab dapat 8A1B, bukan 9A

Angkut tong gas masuk bilik, sedut dan lemaskan dalam plastik

Kejut Subuh tak menyahut

‘Saya dah berusaha yang terbaik’

Bayangkan betapa kecewanya dia bila dia gagal buat ayah dia puas hati

Netizen mohon ibu bapa tak pentingkan diri

Mak ayah hanya pentingkan akademik, anak tiada nilai agama

Sumber: oh bulan Emiley

TIPS BERGUNA UNTUK IBU BAPA, CARA UNTUK TINGKATKAN IMUN ANAK YANG MUDAH JATUH SAKIT..

Sebenarnya, mungkin ramai dah tahu bahawa sistem pertahanan badan kanak-kanak masih belum matang semasa lahir, dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran kanak-kanak tersebut. Jadi, memang lumrah bagi anak kecil mengalami demam, selsema, batuk, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sekerap manakah ia dikira normal? Menurut Dr Intan Juliana Abd Hamid menerusi DoktorBudak.com, kita tak perlu panik jika anak mengalami demam atau sakit yang berulang. 5-6 kali setahun adalah masih dianggap normal, selagi anak masih aktif dan tidak mengalami masalah serius seperti kesukaran bernafas, hilang kesedaran, sawan, dan tidak mampu makan atau minum.

Anda boleh cuba melakukan beberapa usaha untuk meningkatkan imuniti anak agar ia berfungsi secara optimum.

9 LANGKAH MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH ANAK DENGAN BERKESAN

1. MENERUSKAN PENYUSUAN BADAN

Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih – iaitu 2 bahan utama yang memacu sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.

Jika anda mengalami payudara yang bengkak, cubalah mengepam dan memberi anak susu perahan sebagai alternatif buat sementara waktu. Di samping itu, ibu menyusu juga boleh meningkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat agar ia turut dapat dimanfaatkan oleh bayi melalui susu ibu.

2. MEMPELBAGAIKAN SUMBER SAYURAN & BUAH-BUAHAN

Pastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.

Selain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun, elakkan penambahan gula berlebihan ya!

3. MENAMBAH BAWANG PUTIH DALAM HIDANGAN

Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan imuniti anak adalah dengan menambahkan bawang putih dalam hidangan mereka. Bawang putih mengandungi bahan anti-virus dan anti-bakteria, membantu menstimulasikan sel pertahanan, dan menambah penghasilan antibodi. Ia juga memiliki sejenis kompaun sulfur yang bersifat anti-oksidan.

Cubalah tambahkan bawang putih dalam makanan harian seperti bubur nasi, sup ayam, spaghetti, atau garlic bread. Menurut sumber dari KidSpot, seeloknya bawang putih ini dimasukkan pada akhir masakan supaya ia tidak memusnahkan khasiat kebaikan yang disebutkan tadi.

4. MEMATUHI WAKTU TIDUR YANG BAIK

Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Merujuk kepada National Sleep Foundation, 11-14 jam tidur diperlukan bagi anak kecil berusia 1-2 tahun, 11-13 jam tidur bagi anak kecil berusia 3-5 tahun, manakala 9-11 jam tidur diperlukan oleh kanak-kanak berusia 6-13 tahun setiap hari.

Jika anak susah tidur siang, pastikan mereka masuk tidur lebih awal setiap malam.

Penelitian menunjukkan bahawa kurangnya tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak (serta orang dewasa) lebih mudah terkena jangkitan.

5. GALAKKAN RIADAH & AKTIVITI LUAR

Anak kecil zaman kini lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding di luar rumah. Oleh itu, kebanyakannya cenderung menjadi kurang aktif kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu, cuba hidupkan amalan bersenam dan ajaklah anak-anak beriadah di luar dengan kerap. Aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan, tetapi ia turut menambah bilangan natural killer cell, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh.

6. MENGELAKKAN ANAK DARIPADA PEROKOK & ASAP ROKOK

Merokok bukan saja menjejaskan kesihatan perokok, tetapi ia juga merbahaya kepada orang di sekeliling mereka. Jika mahu anak anda sihat dan cerdas, pilihan terbaik adalah untuk berhenti merokok.

Ini kerana, asap rokok mampu membunuh dan merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh – terutamanya anak kecil. Sekalipun merokok di luar, sisa asap rokok tetap beracun dan akan melekat pada tubuh selama berjam-jam lamanya!

anak mudah sakit, anak kerap sakit, anak lemah imuniti, imuniti anak lemah, tingkatkan imuniti anak

7. ELAKKAN BERSESAK DI TEMPAT AWAM

Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan gejala ‘overcrowding’ di mana terlalu ramai orang dalam satu tempat. Terdapat seribu satu kuman yang berlegar-legar di ruang udara yang padat dengan manusia, dan kuman ini mampu menyelinap masuk ke dalam tubuh anak kecil dengan lebih mudah kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang.

Semasa memilih pusat asuhan atau taska, pastikan nisbah antara penjaga dan kanak-kanak seimbang. Jika makan di luar, pilihlah tempat yang bersih dan makanan yang diselia rapi.

8. SAY NO TO JUNK FOOD & FAST FOOD

Burger, nugget, pizza, kerepek, coklat, kek, gula-gula, dan air kotak. Sedap memang sedap. Senang nak dapat. Nak masak pun cepat. Tapi semua makanan ini amat kurang nilai nutrisi, bahkan mengandungi kandungan garam, gula, pengawet, bahan perasa, serta pewarna tiruan yang tinggi. Nak makan sekali-sekala tak apalah, tapi jangan jadikan ia kebiasaan.

Mahu atau tidak, kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu mereka menghentikan tabiat ini dan sebaliknya cubalah perkenalkan sumber makanan yang segar, homemade, dan lebih terjamin khasiatnya. Dengan khasiat ini, barulah sistem imuniti tubuh anak dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

9.MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN

Ajarkan anak menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan pada tisu atau sapu tangan khas. Tabiat ini bukan saja membantu menampilkan identiti yang bersih, tetapi ia juga melindungi anak daripada menyebarkan kuman ke serata tempat.

Bagi anak kecil pula, perhatikan mereka dengan lebih kerap sekiranya mereka sedang tumbuh gigi dan suka mengeluarkan air liur. Pastikan wajah mereka selalu dilap. Kebersihan gusi dan gigi juga penting walaupun bayi hanya minum susu ibu. Bilaskan dengan tuala lembap setiap hari.

BUKAN SEKADAR AMBIL VITAMIN & SUPLEMEN!

Sungguhpun sesetengah vitamin dan suplemen boleh membantu meningkatkan imuniti, namun perlulah bersederhana dan tidak melebihi dos yang ditetapkan. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan contohnya boleh merosakkan sistem hati.

Demam pada anak sebenarnya adalah respon tubuh terhadap jangkitan, ia menunjukkan bahawa sistem imuniti mereka sedang bekerja untuk memastikan tubuh anak sihat. Oleh itu, kita tak perlu risau selagi mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda luarbiasa.

Sumber : Inisemuapoyo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *