HEBOH KES AYDA JEBAT SERING TEMAN TEMAN LELAKI KE SET PENGGAMBARAN!! SHEILA RUSLI BAGI KOMEN PEDAS TTG ISU INI!!!

Beberapa hari lalu heboh di media sosial tentang satu kontroversi yang mengaitkan pelakon comel, Ayda Jebat dikatakan sering menemani pelakon, Redza Rosli ke set penggambaran kerana cemburu.

Difahamkan juga ada pihak yang mengatakan terhadap sebuah sumber kononnya kehadiran Ayda ke set penggambaran menbuatkan orang di sekeliling yang bekerja dengan Redza berasa kurang selesa untuk berkerja dengan pelakon lelaki tersebut.

Terbaru MH ada melihat satu posting pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly di Instagram menyatakan dia tidak faham mengapa ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran Ayda ke set penggambaran JS Pictures sedangkan penerbit dan pengarah produksi sendiri tidak kisah dengan kedatangan Ayda ke set mereka.

Day62🎥🎬
Isteri Untuk Diiktiraf 
Tak faham kenapa ada yg tak senang bila @aydajebat dtg set @realjspictures 🙄 produser & director pun tak kecoh yg lain buat kecoh kenapa? Ke.. andaian semata?🙄 kan dah berdosa😅
#isteriuntukdiiktiraf #dramaramadan #30episodes #tv1 #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulis Sheila pada ruang kapsyen postingnya.

Di ruang komen pula MH tertarik dengan satu komen daripada seorang netizen yang mengatakan dia menerima banyak mesej di Instagramnya bertanyakan siapakah sebenarnya heroin untuk drama Isteri Untuk Diiktiraf.

Komen daripada netizen ini nampaknya mendapat respond daripada Sheila.

Bukan sahaja Sheila yang memberi respond terhadap komen netizen ini malah suaminya, Jinggo dan Redza juga turut menjawab komen tersebut.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Kredit : Media Hiburan / ceriteradunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *