“Sorry Yusuf And My Wife, #TidurCandleLight Engkau!!”-Hairul Azreen Terlalu Sibuk Sampai Terlupa Bayar TNB 5 Bulan, Netizen Terhibur!

Sebut sahaja nama anaknya Yusuf Iskandar dan kucingnya Bujibu, pasti semua orang kenal dengan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kan?

Semalam, Hairul memuat naik gambar Yusuf dan Bujibu di Instagram tapi kelihatan sangat gelap suasana rumahnya. Alamak, kenapa gelap sangat ni? Seram pulak min..

Rupa-rupanya, menerusi postingya Hairul menyatakan kerana terlampau busy dengan latihan untuk filem, dia terlupa untuk membayar bil elektrik sehingga 5 bulan! Allahu, mana tak kena potong haha!

Apa yang membuatkan Hairul lagi terharu apabila dia mengajak keluarganya untuk tidur di hotel namun respon Hanis menolak dan tidak kisah dengan keadaan itu mencetuskan momen yang sangat sweet gitu!

Jadi, pengakhirannya mereka sekeluarga tidur dengan bertemankan lilin. Kata Hanis bukan selalu dapat rasa tidur dalam gelap sebab elektrik kena potong. Huhu sporting habis lah Hanis ni..

Menerusi posting Hairul itu, ramai peminat memberi respon dan mereka sangat terhibur dengan situasi yang terjadi pada Hairul dan keluarga. Ada juga yang kata sweet sangat.

Sorry Anak daddy @theyusufiskandar , @bujibuchempel dan my wife @haniszalikha , Daddy terlalu busy dgn #HairulTrainingForFilem sampai terlupa 5 bulan tak bayar TNB , hari ni kami tidur tanpa kipas & lampu, walaupun benda dah jadi, Yusuf masih lagi senyum dan happy, Buat saya rasa nak nangis, Ajak mommy tidur hotel , mommy ckp it’s ok la , bukan selalu mcm ni dgn muka☺️ Daddy rasa bersalah sangat, thank you my driver belikan lilin di saat kami perlukan, Hari ni 11 jan 2018 #TidurCandleLight engkauuuu!! 11.59pm ( tak akan jadi lagi lepas ini )

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on