“Fayyadh nak masuk Syurga sorang2. Fayyadh masuk Syurga dulu. Papa, Mama, Adik jgn masuk lagi” Pesanan Adik Fayyadh jadi kenyataan, pergi kerana diserang VIRUS DI OTAK DAN PARU PARU SECARA TIBA TIBA!!! Parents.. sila ambil tahu jika anak anda mengalami simtom berikut!!

Kuala Lumpur : Kehilangan dan permergian mengejut anak sulung mereka amat perit dan menyedihkan buat keluarga Muhammad Fahdli Hj Kamil dan isteri.

Anak sulung mereka Muhammad ‘Aisy Fayyadh,4, tahun baru 3 minggu memulakan persekolahan di Tadika Pasti dia begitu bersemangat bersekolah dan mendapat rakan-rakan baru nya.

Telatah nya disekolah amat mencuit hati membuat ayah dan ibu tersenyum, Aisy anak yang mudah belajar cepat bergaul dan bijak.

Sehinggal lah 19 Januari lalu mengubah segalanya apabila dia start muntah-muntah dan dari situ lah lah kesedihan bermula melihat anak comel ini yang tak bermaya sehingga lah menghembus nafas terkakhir akibat penyakit yang menyerang nya.

Ini kisah yang dikongsikan ayah nya dilaman sosial semoga roh adik Aisy tenang disana :

Assalamualaikum Semua Sahabat, Ahli Syurga…
Minta Maaf lambat update…
terima kasih banyak2 kpd sahabat2 yg hadir di masjid dan tanah perkuburan tempoh hari…
dan juga pada geng yg telah mendoakan kami sekeluarga…
jasa anda mmg xdpt kami balas dgn kata2..
semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur…
aamiiiin…

Anak saya Muhammad ‘Aisy Fayyadh boleh saya katakan seorang anak yg baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata, dan pandai berdikari..
dia baru je masuk sekolah tadika Pasti 4tahun, selama 3minggu ni…

Punca virus yg menyerang otak dia masih lagi dlm siasatan doktor..
Nama penyakit dia dikenali sebagai Meningitis with Shock Bronchopnemonia.
sejenis penyakit radang otak dan jangkitan virus di peparu..
Virus tu merebak dari otak ke paru2 dan terus ke jantung dgn sekejapan..

pada mulanya dia mengadu sakit perut pada jumaat (19/01/18) mlm..
dan start muntah2 pada hari Sabtu, dia jadi xlarat nak makan dan minum, berpanjangan sehingga ke hari Ahad. Tetapi hari Ahad muntah die da b’kurangan. maybe sebab xde makann lg yg nak dimuntahkan..
Tips;
If berlaku pada kanak2, muntah2 yg berpanjangan, tp x cirit birit, ada something wrong pada nerve system, which is sgt berbahaya, dan kene terus jumpa doctor pakar kanak2..

Kami sangka dia hampir pulih disebabkan kami telah pergi ke klinik pd sbtu mlm. Doc bgtahu cuma demam biasa dan perut dah masuk angin..
kami bagi dia ubat yg kami dpt di Klinik tadi seperti biasa..
pada hari tu, dia cuba utk tido, tapi asik terkejut dan tersentak2 semasa tido, dan kemudian mata dia terbeliak tiba2.
perkara ni berulng berkali2 sehingga dia xdpt tido dgn nyenyak..

percakapan dia pon jadi mcm laju2.. jln pun dah x stabil dan xlarat. Dan m’gigil2. Kami sangkakn die dehydrated disebabkan tidak mahu mkn n minum.
jadi pada ahad malam kami bawa dia ke Hospital Serdang utk terima rawatan “drip air”, sebab nak kembalikan dia pny kandungan air seperti normal..

Dlm pd itu, isteri sy menyedari mata dia x inline (jadi juling) dan xlarat nak berjalan sendiri..
dia jadi lemah..
kejadian ni mula berlaku semasa dia terima “drip air” tersebut..
then, doctor sahkan dia xde ape2, cuma demam biasa b’dasar kn result darahnya.
doctor sahkan yg mata juling dan tido tersentak2 tu adlh perkara biasa semasa demam dan akan elok kembali bila dh x demam…

then ktorg pon balik lah ke rumah seperti biasa..
lega rasa hati sebab xde bnd serious berlaku.
ktorg smpi rumah lbh kurang jam 3pg..

seperti ptg tadi, Fayyadh mmg xdpt nak tido dgn baik..
tp tiba2, pernafasan dia jadi laju..
kami mmg dh xsedap hati..
kami teringat yg doc kat HBKL mmg terbaik utk kanak2..
terus ktorg shoot g HBKL..

kami sampai HBKL jam 5 lbh pagi..
setelah smpi HBKL, condition Fayyadh makin teruk, dia mmg xdpt jalan langsung dan muntah2 lagi..
Bila didokong, dia rasa macam nk jatuh dan gayat…
mata dia masih lagi juling..
tapi dia masih lagi boleh berckp dgn ktorg, tp dgn sebutan yg pantas..

bila dh masuk ke zon merah, doc sahkan virus dh serang otak dia..
then kami diminta utk keluar sebentr sebab nak beri fokus pada team doctor merawat dia..
masa tu doc kata nak tido kan dia bg dia tenang..
Masa ni kami rasa bersyukur sebab maybe Fayyadh sempat utk pulih seperti biasa..
tp keadaan jadi lg tegang bila doc pggl kami semula utk tgk dia..

rupe2 ye dia dh masuk ke bilik khas utk buat CPR.
doc bgtahu denyutan jantung dia lemah, perlu buat CPR.
hanya Allah sahaja lah tahu mcm mana perasaan kami..
aku terus call ibu ku utk mohon doakan Fayyadh..
waktu ni dh jam 8pg….

prosedur biasa, doc akan buat CPR selama 30min shj, then dorang akan stop, kalau denyutan jantung masih x berubah, dan dorang mmg dh xboleh nak buat ape2 lg..
lbh kurang jam 8:40pg, doc pggl kami utk berbincang dlm 1 bilik..
mereka kata Fayyadh ye jantung mmg dh betul2 lemah..
tp aku request utk smbg lagi buat CPR, sebab sy tahu anak sy tu kuat…

sepanjang doc buat CPR bergilir2 dlm bilik kecemasan tu, kami x henti doakan dia..
mmg kami berada dlm bilik tu utk menemani dia..
mcm2 yg kami ckp dgn dia utk beri semangat pd dia..

alhamdulillah dpt semula degupan jantung Fayyadh..
time ni lebih kurang dlm jam 9pg..
Jadi, Fayyadh akan transfer ke ICU utk dptkn rawatan lanjut..
keadaan dia time ni masih lg kritikal..
atas doa semua, Fayyadh pny jantung alhamdulillah dpt berdegup semula..
terima kasih kepada semua yg mendoakan..
ada yg mak aku beritahu, rakan ye di Jordon pon turut mendoakan..

time ni dah ramai ahli keluarga kami smpi di wad kecemasan tersebut..
selepas hmpir 2 jam, semasa pemindahan katil ke ICU, tiba2 denyutan jantung Fayyadh mulai slow..
Doc buat CPR kali ke2 selama 30min…
akhir ye denyutan jantung dia tetap lemah….
tepat jam 11:41am, 22/01/2018, Doc stop buat CPR..
AllahuAkbar.. Fayyadh xdpt diselamatkan lagi…
Papa n Mama pon mmg dh xsanggup lihat Fayyadh kene push dada tu kuat2..

sepanjang dia berada di zon merah, kami berdua mmg sentiasa teman kan dia dan berbisik pada dia…
Fayyadh, papa n mama ade kat tepi Fayyadh ni, Fayyadh buatlah suka hati Fayyadh nak mcm mana k.. Papa n Mama ok jer…
Fayyadh dh pandai mengucap, tp kami tetap berbisik pada dia kalimah Allah dan Rasullullah dan didengrkn dgn suroh Yassin sepanjang dlm bilik kecemasan tu..
tp Fayyadh telah memilih untuk pergi meninggalkan kami semua….

“YaAllah ya tuhanku… aku memohon pada Mu, kuatkan lah hati aku dan isteri utk menerima dugaan ini.. Engkau sahaja lah tmpt kami bergantung, dan ke Engkau lah kami kembali”
terima kasih banyak pada semua yg dh mendoakan kami..
terima kasih x terhingga kepada semua doctor yg terlibat.
ada doctor yg xtahan sebak, mengalirkan air mata..
sungguh besar jasa kalian yg cuba menyelamatkan anak syurga ni…
x terbalas jasa kalian… semoga kalian juga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman kelak…

● Doctor Aliyaa
● Doctor Sangeeta
● Doctor Zarif
● Doctor Shafinaz
● Bro Shafiq
● Doctor Wong Yee Min
● dan ade lg 3~4org yg belum detect lagi nama mereka

Fayyadh tggu kami kat depan pintu syurga nanti k…
insyaAllah nanti Fayyadh dtg pickup Papa n Mama k, xpuas lg kami utk menjaga dan membesarkan Fayyadh…
banyak dan besar harapan kami utk Fayyadh di dunia fana ni..

minggu lepas dia ade bgtahu mama dia dlm kete, “Fayyadh nak masuk Syurga sorang2. Fayyadh masuk Syurga dulu. Papa, Mama, Adik jgn masuk lagi”

Masa malam yg dia muntah kat hospital Serdang tu, Mama n Fayyadh ke toilet utk bersihkan diri..
Mama letak Fayyadh kat atas singki, tp Fayyadh mcm gayat nak jatuh, jadi Fayyadh peluk Mama erat.
Dlm pada tu Mama tanya Fayyadh..

“Fayyadh, ni nanti, Mama, Papa, Doctor akan tolong pulihkan Fayyadh, tp sape yg 1st skali akan tolong Fayyadh?”
dgn x larat tu Fayyadh gagah utk menjawab, “Allah…”
AllahuAkbar…. walau sakit mcm tu, tgh berlawan dgn sakit, dia tetap boleh jawab dgn baik…

mmg terkesan sesgt kehilangan dia…
sebab dia bdk yg keletah, setiap gerak geri dia, ape yg dia lakukan semua tertggl dlm ingtan memory family dia dan org2 yg pernah jumpa dia..
dia mmg seorang insan yg istimewa dan terpilih..

mmg sgt merindui suara dia, “boleh papa??? bolehlah…” bila dia nak minta sesuatu atau nak pergi ke mana2…

bila aku hntr dia ke sekolah, x turun lagi dari moto di ckp “salam papa.. janji… cap… sayaannggg papa…” dia peluk aku..
setiap kali perpisahan aku n dia, dia akan buat mcm ni..
tp Fayyadh tgglkan Papa, xsempat Papa nak buat mcm ni kat Fayyadh..

sgt merindui suara dia minta susu “Papa nak shushu, Papa nak shushu..” tp aku time tu sibuk dgn handphone, x hiraukan dia..
terkilan sgt rasa…

sgt merindui dia, bila g kedai je, dia nampak roti coklat, siap2 dia letak kat atas table cashier..

bila Fayyadh nampak papa beli or mkn coklat, Fayyadh dtg ke Papa tersipu2..
Pastu ckp, “Papa, nak one jer.. eh silap2.. nak two jerr… bolehlah Papa.. nak two jer…” sebab Mama dia mmg xbg dia mkn coklat2 ni sgt, Papa je yg bg.. Dia mmg pandai nak ambil peluang ni.. dgn Papa jelah dia dpt…

bila dia dgr azan je, dia ckp dgn mama dia “mama dah azan, solatlah..”
kalau sempat aku balik rumah sblm maghrib, aku bgtahu dia, “Yadh jom g surau cpt, kalau x nnti Papa tggl” cpt2 dia kelam kabut tanya Mama dia “Mama cpt lah Mama, jubah mana, jubah mana…”

Bila aku n aida mcm sama2 bincang tntg sesuatu yg x sependapat, tiba2 dia dtg “jgn gaduhlah, Mama, Papa…”
padahal bertegang cite pasal iphone n samsung…

Dari Fayyadh xtahu cara nak bukk TV dlm car, smpi lah dh diajar cara nak play cerita Doraemon kesukaan dia tu sendiri..
Cerita Movie pemergian Doraemon dri hidup Nobita..
Jadi, bila masuk dlm kereta je, dia terus bukak utk tontonan dia n adik..
tp skrg, Fayyadh xde, kami asik terasa je yg Fayyadh hadir, sdg tgk cerita Doraemon tu kat blkg smbil gelak2…

tp Allah lebih menyayangi dia, dan Allah adalah sebaik perancang..
pasti ade hikmah disebalik kejadian ni..
aku sgt2 bersyukur dgn Anugerah ni ya Allah…
terima kasih kerana telah meminjamkan kami anak syurga ini selama 3thn, 5bulan, 2hari…

slalu dia ckp, ” untunglah Mama, untunglah Papa”
Fayyadh lg untung lah Fayyadh…
Fayyadh dh berada kat taman2 syurga dah…

Anugerah Terindah.
Muhammad ‘Aisy Fayyadh Bin Muhammad Fahdli

Semoga keluarga ini tabah dengan apa yang berlaku meninmpa anak sulung mereka Aisy, sebak sedih pilu membaca kisah dari turutan apa yang berlaku kepada arwah adik Aisy Fayyadh semoga dia tenang sana. Al fatihah.

Credit :cokelatmango, Muhammad Fahdli Hj Kamil via accidentportal

Diet untuk Mengelakkan dan Merawat Batu Karang

Ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak mengetahui cara untuk mengelakkan dan juga cara untuk merawat batu karang dengan mengawal permakanan. Maka, pesakit mungkin akan datang semula disebabkan serangan batu karangan yang berulang.

Disini kami ingin menyenaraikan beberapa cara permakanan yang betul untuk mengelakkan dan merawat masalah batu karang

1. Minum air banyak

Salah satu penyebab kepada pembentukan batu karang adalah kencing yang pekat disebabkan kurangnya minum air. Apabila kencing pekat, kompaun di dalam air kencing boleh mendekati satu sama lain dan membentuk batu karang.

Minuman seperti kopi, teh dan jus buah masih dibolehkan untuk orang yang mempunyai masalah batu karang. Tetapi minuman yang mempunyai tomato, anggur dan kranberi perlu dielakkan. Ini kerana tomato mempunyai unsur natrium yang tinggi. Ia akan menyebabkan lebih banyak kalsium yang disingkirkan ke dalam air kencing menyebabkan batu karang jenis kalsium mudah terbentuk.

Manakala anggur dan kranberi pula mempunyai kandungan kompaun oxalate yang tinggi. Kompaun oxalate merupakan salah satu kompaun yang menjadi penyebab kepada terhasilnya batu karang

Minuman air berkarbonat juga merupakan salah satu penyebab kepada batu karang terutamanya minuman cola. Kerana kebanyakkan air cola mengandungi asik fosforik yang merupakan punca kepada pembentukan batu karang.

2. Ambil makanan yang mengandungi asid sitrik yang tinggi seperti limau

Pengambilan jus buah mengelakkan pembentukan batu karang bukan sahaja kerana disebabkan ia meningkatkan jumlah air kencing yang terhasil. Ia juga disebabkan jus buah mengandungi potassium dan asid sitrik yang tinggi.

Ia mempunyai 2 mekanisma yang menghalang pembentukan batu karang.
1) Ia bergabung dengan kalsium di dalam air kencing dan menyebabkan air kencing tidak pekat dengan kalsium
2) Ia juga bergabung dengan kalsium oxalate yang merupakan punca kepada penghasilan batu karang. Apabila citrate bergabung dengan kalsium oxalate, ia mengelakkan kompaun tersebut menjadi batu karang.

Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai kandungan citrate yang rendah di dalam air kencing, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi batu karang.

Pengambilan makanan yang mempunyai asid sitrik yang tinggi seperti limau boleh mengelakkan pembentukan batu karang

 

3. Makan makanan yang mengandungi kalsium

Ramai yang menganggap pengambilan kalsium akan menyebabkan terhasilnya batu karang kerana majoriti batu karang yang terhasil mengandungi kalsium. Tetapi kajian menunjukkan mereka yang mengambil kalsium yang rendah di dalam dietnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi masalah batu karang berbanding yang mengambil kalsium.

Ini disebabkan diet yang kurang kalsium akan menyebabkan kompaun oxalate lebih senang diserap di dalam usus. Kompaun oxalate yang tinggi ini kemudiannya akan disingkar melalui buah pinggang dan disitulah batu karang akan terbentuk disebabkan kehadiran kompaun oxalate ini. Kehadiran kalsium di dalam diet permakanan pula akan menyebabkan dua kompaun ini bergabung dan tidak diserap oleh usus.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah lebih digalakkan berbanding pengambilan supplement. Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan supplement kalsium mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit batu karang berbanding yang berasaskan diet permakanan sahaja.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti makanan yang berasaskan tenusu seperti susu dan keju. Selain daripada itu, susu soya, tofu, sardine dan almond juga mempunyai kandungan kalsium yang sesuai untuk kita.

4. Ambil secara berpatutan makanan yang mengandungi oxalate

Makanan yang mempunyai oxalate yang tinggi selalunya makanan yang dikategorikan sebagai makanan yang bagus untuk jantung seperti bayam, bijirin, ubi dan sebagainya. Pengambilannya masih diperbolehkan tetapi haruslah diambil secara berpada-pada.

5. Kurangkan sedikit pengambilan Vitamin C dan lebihkan pengambilan vitamin B6

Pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi akan meningkatkan kompaun oxalate di dalam air kencing. Ini kerana penguraian akhir Vitamin C di dalam badan akan menghasilkan kompaun oxalate. Jadi ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, Vitamin C tidak perlu diambil secara berlebihan

Vitamin B6(pyridoxine) pula menyebabkan kurangnya penghasilan oxalate di dalam badan. Jadi akan kurang oxalate di dalam air kencing dan mengurangkan risiko untuk terhasilnya batu karang.

Beberapa makanan yang mempunyai makanan yang tinggi dengan Vitamin B6 adalah pisang, avocado, soya, mangga dan oat.

 

6. Ambil minyak ikan

Minyak ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dikatakan boleh mengelakkan batu karang kerana ia mengurangkan pengkumuhan kalsium melalui buah pinggang malah meningkatkan kandungan citrate di dalam air kencing. Kedua-dua perkara ini akan mengelakkan daripada terjadinya batu karang

Manakala pengambilan lemak haiwan dan juga minyak yang mengandungi omega 6 yang tinggi dikatakan meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit batu karang

 

Ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dan bagus untuk mengelakkan pembentukan batu karang adalah ikan salmon, tuna, mackerel dan juga sardin.

Tetapi bagi yang mempunyai gout, makanan yang berasaskan makanan laut perlu dielakkan untuk mengurangkan serangan gout.

sumber: The Diagnosa

</Keradangan Sinus(Sinusitis): Simptom, Punca dan Cara Rawatan

Sinusitis selalu dipanggil sebagai penyakit sinus oleh masyarakat kita. Ia selalu dikaitkan dengan penyakit resdung walaupun majoritinya tiada kaitan dengan resdung(allergic rhinitis). Di dalam masalah ini, ia melibatkan keradangan lapisan yang menyelaputi ruang sinus dalam tengkorak manusia.

Disebabkan keradangan pada bahagian tersebut, selalunya pesakit akan mengadu sakit dibahagian muka bergantung kepada lokasi sinus yang terlibat

1. Istilah perubatan

Sinus: Adalah ruang kosong yang terdapat di bahagian tengkorak muka. Ia boleh dibahagikan kepada 4 lokasi iaitu sinus maxillary, sinus frontal, sinus ethmoidal dan sinus sphenoid
Sinusitis: Adalah radang pada lapisan yang menyelaputi ruang sinus
Rhinitis: Adalah radang pada lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung hingga menyebabkan simptom hidung berair dan tersumbat
Rhinosinusittis: adalah kombinasi rhinitis dan sinusitis

2. Pengenalan

Sinusitis ataupun keradangan sinus adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada lapisan yang menyelaputi rongga sinus. Sinus pula adalah rongga yang terletak pada tengkorak bahagian muka.

Sinus mempunyai beberapa fungsi iaitu:

Mengurangkan berat tengkorak

Meningkatkan kekuatan suara

Melembabkan dan menghangatkan udara yang disedut ketika bernafas

Melawan jangkitan kuman

Disebabkan penyakit sinusitis pun akan diikuti dengan simptom rhinitis iaitu hidung berair. Oleh itu, istilah yang lebih tepat untuk penyakit ini adalah ‘rhinosinusitis’.

3. Anatomi

Sinus adalah rongga bahagian tengkorak yang terdiri daripada 4 bahagian merujuk kepada lokasi rongga tersebut. Ia adalah:

sinus maxillary

sinus frontal

sinus ethmoidal

sinus sphenoid

Sinus yang terdapat pada bahagian tengkorak muka

Permukaan sinus dilapisi oleh satu lapisan sel yang mempunyai sel goblet yang akan mengeluarkan mukus(bendalir seperti hingus). Ia berfungsi untuk memerangkap habuk ataupun benda asing yang masuk melalui rongga hidung.

Lapisan sel tersebut juga mempunyai ‘Cilia’ berupa rambut halus yang boleh bergerak untuk menolak mukus keluar daripada rongga sinus masuk ke dalam ruang hidung melalui satu lubang yang dipanggil sebagai ‘ostia’

Fungsi sinus telah diterangkan di atas iaitu untuk mengurangkan berat tengkorak, meningkatkan kekuatan suara, melembabkan dan menghangatkan udara yang disedut ketika bernafas dan untuk melawan jangkitan kuman

4. Patofisiologi

Penyakit sinusitis ini mempunyai 3 faktor yang menyebabkan jangkitan kuman di dalam sinus. Ianya adalah:

Sumbatan yang berlaku pada lubang ostia

Pergerakkan cilia yang terganggu

Kuantiti dan kualiti mukus yang terganggu

1. Sumbatan yang berlaku pada lubang ostia

Sumbatan yang berlaku pada lubang ostia boleh disebabkan lapisan yang melapisi sinus menjadi bengkak disebabkan jangkitan kuman ataupun trauma. Sumbatan juga boleh berlaku disebabkan polip hidung, ketumbuhan balam rongga hidung dan benda asing yang menutupi lubang ostia.

Apabila lubang ostia tertutup, mukus di dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan lagi. Lalu ia menjadi perumah yang sesuai untuk pembiakan bakteria dan menyebabkan keradangan di dalam rongga sinus.

2. Pergerakkan Cilia yang terganggu

Apa-apa perkara yang mengganggu fungsi cilia akan menyebabkan terkumpulnya cecair di dalam sinus. Fungsi cilia boleh terganggu apabila adanya:

Jangkitan kuman

Bahan yang toksin terhadap sel cilia

Penyakit Kartagener sindrome

Asap rokok

3. Kuantiti dan kualiti mukus yang terganggu

Jika mukus yang dihasilkan lebih likat sebagai contohnya dalam penyakit cystic fibrosis, ia akan menyebabkan pergerakkan mukus untuk dikeluarkan daripada sinus menjadi sedikit lambat.

Manakala jikalau, penghasilan mukus terlampau banyak pula, ia juga menyebabkan cilia semakin banyak kerja untuk mengeluarkan mukus tersebut.

Kedua-dua perkara ini akan memberi peluang kepada kuman untuk menjangkiti kawasan rongga sinus dan seterusnya menyebabkan penyakit sinusitis

5. Prognosis

Selalunya sinusitis sendiri tidak menyebabkan kematian. Tetapi jika ianya terlampau teruk, ia boleh menyebabkan komplikasi dan jarang-jarang membawa kepada kematian

Lebih kurang 40% kes sinusitis boleh baik dengan sendirinya tanpa bantuan antibiotik. Kes sinusitis yang baik sendiri ini selalunya disebabkan jangkitan virus. Manakala selebihnya itu adalah disebabkan jangkitan bakteria yang memerlukan antibiotik

Jika selepas 5-10 hari, simptom masih ada ataupun semakin bertambah teruk, pemeriksaan perlu dilakukan balik semula. Ini kerana pesakit mungkin memerlukan antibiotik ataupun antibiotik yang sedia ada perlu ditukar.

Penyakit Sinusitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.

6. Simptom

Diagnosa kepada penyakit ini dapat dibuat secara klinikal. Ini bermaksud doktor boleh mengatakan kita mempunyai sinusitis dengan hanya bertanyakan simptom dan juga memeriksa pesakit. Simptom yang dihadapi oleh pesakit sinusitis adalah:

Sakit dibahagian muka terutamanya apabila ditekan

Sakit itu semakin teruk jika muka diletakkan dalam posisi menunduk

Selesema

Demam

Batuk

Rasa letih

Nanah yang keluar bersama dengan hingus

7. Komplikasi

Beberapa komplikasi yang boleh berlaku dalam penyakit ini adalah:

Osteomylitis: Jangkitan kuman pada bahagian tulang. Dalam masalah ini, jangkitan kuman pada tulang di bahagian muka

Nanah pada bahagian mata

Meningitis: Jangkitan kuman pada selaput otak

Nanah yang terbentuk dalam otak

8. Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menunjukkan simptom yang sama iaitu:

Resdung(allergic rhinitis)

Jangkitan Haemophilus influenza

Migraine

Jangkitan Moraxella Catarrhalis

Jangkitan Rhinovirus

9. Penyiasatan

Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah sinusitis, ia tidak memerlukan pengambilan sampel darah mahupun pengimejan seperti x-ray mahupun CT-scan. Cukup dengan mengambil sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal boleh membuatkan seseorang doktor mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah sinusitis ataupun tidak

Simptom-simptom tersebut adalah selesema, demam dan sakit dibahagian muka selama beberapa hari berserta hingus yang mengandungi nanah.

Pengambilan darah seperti Erythrocyte Sedimentation Rate bersama C-Reactive protein boleh diambil untuk membezakan sama ada ia jangkitan bakteria ataupun jangkitan virus.

X-ray juga boleh dilakukan hanya untuk mengesahkan bahawa penyakit tersebut adalah sinusitis

 

Keputihan pada bahagian maxillary sinus menunjukkan ia sudah tersumbat dan mempunyai keradangan sinus

Pengimejan seperti CT-scan pula perlu jika pesakit mempunyai komplikasi dan juga untuk melihat penyebab yang lain seperti ketumbuhan, polip hidung dan sebagainnya.

10. Rawatan

Sesiapa yang mempunyai simptom yang telah diterangkan perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Rawatan memerlukan beberapa jenis ubat yang hanya boleh disahkan oleh pihak doktor kerana ia mungkin melibatkan penggunaan antibiotik dan steroid.

Sebanyak 40% daripada pesakit yang mengalami sinusitis boleh baik dengan sendirinya. Ini disebabkan ia dijangkiti dengan kuman jenis virus dan sistem imun badan akan melawannya dengan sendiri.

Untuk pesakit ini, cukup rawatan sokongan sahaja seperti:

Penggunaan ubat tahan sakit

Berhenti merokok

Ubat titis hidung seperti Oxymetazoline boleh digunakan untuk mengurangkan pembengkakan lapisan mukosa yang menyelaputi saluran hidung dan sinus seterusnya mengurangkan simptom hidung berair. Ia tidak boleh digunakan lebih daripada 3 hari

Penggunaan ubat anti-histamine dalam penyakit sinusitis adalah tidak membantu.

Oleh itu, bila kita akan mula untuk memberi antibiotik?

Ada beberapa garis panduan untuk rawatan antibiotik bagi sinusitis. Garis panduan tersebut ada menyatakan

Boleh tunggu 5-10 hari simptom sinusitis. Jika simptom telah lebih daripada itu, barulah antibiotik diberikan

Selain daripada itu, antibiotik juga boleh diberikan jika permulaan simptom sinusitis adalah teruk ataupun simptom sinusitis semakin teruk. Sebagai contoh, jika sakit dibahagian muka semakin teruk, hidung mengeluar hingus yang mempunyai nanah dan demam yang tinggi.

Apa-apa pun, rawatan untuk memulakan antibiotik adalah bergantung kepada seseorang doktor. Jika anda mempunyai persoalan kenapa antibiotik diberikan, anda boleh bertanyakan terus kepada doktor tersebut.

Pembedahan pula hanya akan dilakukan jika sinusitis sangat kerap berlaku.

sumber: The Diagnosa