Nabila Huda sound direct seller promote produk tak bertempat

Tak salah nak mencari rezeki dengan cara meninggalkan komen berbentuk iklan promosi produk di akaun Instagram atau media sosial yang lain, tetapi pandanglah ke kiri dan ke kanan sebelum melakukannya.

Tetapi adakalanya peniaga atau ejen produk kosmetik/kesihatan ini muat naik iklan di post yang tidak sepatutnya. Contohnya pemilik Instagram berkongsi sesuatu yang sedih, tiba-tiba ada pula komen “Nak putih? Visit IG kite, ada banyak diskaun.’. Pasti mengundang rasa nak delete saja komen seperti itu.