Awie & Era Ditakdirkan Kembali Bersama, Ini Komen Awie “Awie Ok Jer….” Bagaimana Dengan Erra??

BUAT julung kali diva terkenal, Erra Fazira akan bergandingan dengan penyanyi, Datuk Awie selaku pengacara program MeleTOP untuk satu episod yang akan bersiaran esok (Selasa).

Erra berkata, kemunculan mereka berdua sebagai pengacara program terbabit adalah untuk menggantikan tempat Nabil dan Neelofa yang kini sedang bercuti.

“Ini pembabitan pertama kali kami sebagai pengacara. Saya sangat teruja dan gembira untuk bekerjasama dengannya.

“Saya tidak mengambil masa lama untuk menerima lamaran itu kerana bekerja dengan Awie bukan baru. Saya percaya gandingan kami akan memberi pengalaman berbeza selepas sering dipertemukan di layar perak,” katanya.

Menurut Erra, dia berharap tiada pihak cuba membandingkan cara pengacaraannya dengan Nabil dan Neelofa.

“Kehadiran saya dan Awie hanya sekadar menggantikan pengacara sedia ada yang bercuti .

“Kalau boleh, saya tidak mahu orang ramai buat keputusan awal membandingkan siapa lebih bagus,” katanya.

Sumber : Hmetro.com.my via virallaju

Sedikit latar belakang Awie

Dato’ Ahmad Azhar bin Othman, DIMP atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah salah seorang penyanyi rock dan pelakon terkenal Malaysia dan vokalis kumpulan Wings.

Dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kerjaya muzik Awie bermula pada 1986 apabila beliau menyertai kumpulan Wings. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semulajadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemburu Bayang pada tahun 1993. Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia sehingga kini, yang sebelum itu di ungguli oleh Saleem (Iklim) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan Dua Insan Seni – Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular ‘Aduhai! Seribu Kali Sayang’ pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 219,000 unit.

Sepanjang kerjaya solonya, telah menghasilkan lima album solo tidak termasuk album kompilasi, ‘live’ dan lain – lain. Selain itu juga Awie menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 setelah Amy meninggalkan kumpulannya itu dan seterusnya menubuhkan kumpulannya tersendiri yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000. Pada 2001, beliau kembali bersama Wings. Antara filem-filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilok (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017).

Sedikit latar belakang Erra

Fazira binti Wan Chek (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor, Erra memulakan kerjaya profesionalnya pada 1992 dengam menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut. Pada 1994, Erra merakamkan album EP pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dan didahului dengan single sulungnya “Yamg Terindah Hanya Sementara”. Pada tahun yang sama, beliau melancarkan kerjaya lakonannya menerusi filem pecah panggung, Sembilu arahan Yusof Haslam, sejak itu, beliau diberi jolokan sebagai “Primadona Filem Melayu Alaf Baru” sejak tahun 1994 hingga kini.

Erra telah muncul dalam beberapa filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie (2000), Janji Diana (2004), KL Menjerit 1 (2005) dan Cuci (2007). Salah satu filem beliau, Hingga Hujung Nyawa (2004) telah melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17. Sepanjang kerjayanya, Erra telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin.

Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 7 album. Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu bersama penyanyi Yusry KRU (kini berkahwin dengan Lisa Surihani) dari 2003 hingga 2006, dan perkahwinan keduanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin (kini berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella) dari 2007 hingga 2014, dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Sumber Kucinghitamm
Filem Mona Fandey Dukun Tersebar!! Tindakan Akan Diambil Oleh Finas!!

Beberapa hari yang lalu, hangat diperkatakan mengenai filem seram Dukun yang ditayangkan di internet oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab.

Filem Diharamkan

Filem Dukun yang dbintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2006.

Diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan penyanyi Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 itu diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Bakal Ambil Tindakan

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius isu kebocoran filem Dukun di internet dan masih menunggu laporan penuh isu ini memandangkan ianya melanggar isu hakcipta dan harta intelek. Malah FINAS turut berharap pengguna sedar akan tindakan menyebar dan memuat turun kandungan adalah salah di sisi undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber Harian Metro

kredit : hangat.com Via sembangsaja.com

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius isu kebocoran filem Dukun di internet dan masih menunggu laporan serta maklum balas daripada pihak penerbit sekiranya ia dibocorkan tanpa pengetahuan.

Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob berkata, pihaknya juga turut mengambil inisiatif bersama beberapa badan bertindak bagi menangani masalah seumpama ini.
“Sebelum ini, FINAS sudah mengambil inisiatif penting bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Membanteras Cetak Rompak Digital sebagai sinergi bersama menangani isu filem di pawagam yang dimuat naik ke laman sesawang oleh individu tidak bertanggungjawab dan beretika.

“Namun, kita perlu maklumat lanjut memandangkan ia melanggar isu hakcipta dan harta intelek. FINAS berharap pengguna sedar tindakan menyebar dan memuat turun kandungan adalah salah di sisi undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Fauzi juga berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dalam membanteras jenayah siber ini.

“Kesedaran sivik dan moral penonton untuk menghormati hak cipta dan harta intelek pihak karyawan adalah tunjang utama.

“Jadi kita berharap semua pihak bekerjasama bagi menangani masalah ini,” katanya.

Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, enggan mengulas lanjut memandangkan perkara itu kini dalam siasatan

“Pihak kami tidak dapat memberikan sebarang komen kerana ia masih dalam siasatan dan tidak mahu mengganggu proses berkenaan,” katanya ringkas.

Terdahulu, filem Dukun lakonan Datin Paduka Umie Aida kembali hangat diperkatakan selepas ia dimuat naik di Internet sejak minggu lalu.

Menerusi beberapa perkongsian ‘link’ daripada pihak tertentu, filem arahan Dain Said itu dapat ditonton selama 1 jam 35 minit.

Difahamkan filem yang bocor itu memaparkan hampir keseluruhan jalan cerita filem terbabit.

Bagaimanapun, menurut sumber Harian Metro, penamat filem yang dimuat naik itu bukan penamat sebenar kerana proses suntingan belum selesai.

Sementara itu, pengarah filem terbabit, Dain Said ketika dihubungi tidak tahu menahu berkenaan kebocoran filem itu.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya baru pulang dari Terengganu dan sepanjang di sana tidak ada jaringan Internet.

“Apa saya boleh katakan, ini filem lama dan saya sudah lama ‘move on’ dengan beberapa filem lain selepas itu. Lagi pun, ia bukan filem saya, jadi kena tanya penerbit,” katanya.

Pelakon utama filem itu, Umie Aida ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Sama seperti Umie, pelakon Hasnul Rahmat yang melakonkan watak pembantu kepada Diana Dahlan lakonan Umie Juga enggan mengulas lanjut.

“Maafkan saya kerana tidak boleh bercakap atau memberikan sebarang komen. Perkara ini sedang dalam siasatan, jadi saya tidak boleh masuk campur.

“Lagi pun, saya tidak tahu keseluruhan jalan cerita filem ini. Malah, apa yang dimuat naik pun saya kurang pasti. Jadi, tidak adil jika saya memberikan komen. Sekali lagi, saya minta maaf,” katanya.

Filem Dukun yang menjalani penggambaran pada 2006 dikatakan bakal menemui penonton pada 2007.

Dukun diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Selain Umie dan Hasnul, pelakon lain yang turut membintangi filem itu adalah Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.

sumber hmetro